images (43)

TENTATIF PEMBENTANGAN SELARI

 SEMINAR SERANTAU PERADABAN DAN PEMIKIRAN ISLAM 2015 (ReCIT 2015)

HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA, MALAYSIA.

27 OKTOBER 2015 (SELASA)

Budaya Organisasi Islam dalam Pengurusan : Suatu Sorotan Konseptual

Rosfazila Binti Abd Rahman

 

Kajian ini adalah bertujuan merungkai konsep budaya organisasi Islam di dalam pengurusan. Konsep budaya akan dihuraikan melalui perspektif Sosiologi manakala konsep organisasi Islam adalah di dalam cakupan Sosiologi agama. Konsep pengurusan akan dikupas daripada perspektif silang disiplin. Konsep budaya adalah suatu terma Sosiologi yang kuat yang menggambarkan aspek tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi serta mempunyai kebudayaan yang telah maju. Ketertinggian budaya disegenap ruang kehidupan disepakati membawa kepada tahap perkembangan dan kemajuan yang mapan . Konsep organisasi adalah kesatuan, susunan dan sebagainya yang terdiri daripada bahagian-bahagian, orang dan lain-lain dalam sesuatu pertubuhan, perkumpulan, perbadanan dan lain-lain untuk tujuan-tujuan tertentu demi kepentingan bersama. Konsep organisasi Islam dapat difahami sebagai kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan, untuk tujuan-tujuan tertentu demi kepentingan bersama dan bercirikan Islam.Ciri-ciri organisasi Islam adalah tertentu lagi unik. Konsep pengurusan pula ialah perihal kerja, dan sebagainya, mengurus sesuatu, perihal mengurus syarikat, badan perniagaan dan lain-lain, pentadbiran dan sistem mengurus. Justeru, konseptualisasi budaya organisasi Islam akan membuka dimensi terhadap memahami bentuk dan ciri-ciri budaya yang terdapat di organisasi Islam dalam aspek pengurusan. Kajian ini hanya terhad untuk menghuraikan konsep-konsep terlibat sahaja dan implikasi praktisnya adalah mendorong kepada dapatan bentuk serta ciri-ciri budaya organisasi Islam yang diyakini dapat menyumbang kepada aspek pengurusan yang lebih baik serta berkesan.

TEMPAT 3:  BILIK IRAMA 7

MODERATOR: PN. ROSFAZILA ABD RAHMAN
TEMA: Pendidikan
MASA ID PEMBENTANGAN
1030-1045 058 Suzzana Binti Othman

Pemerolehan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum Bahasa Arab

1045-1100 020 Zahanim Ahmad

Dasar Ekonomi Baru Dan Pengaruhnya Dalam Sistem Pendidikan

1100-1115 039 Wan Mohd Fairaz Bin Wan Mohd Ghazali

Kesan Positif Pelaksanaan Aktiviti Dan Program Di Luar Kelas

1115-1130 004 Rosfazila Abd Rahman

Budaya Organisasi Islam Dalam Pengurusan : Suatu Sorotan Konseptual

1130-1145 031 Nor Azlina Endut 

Budaya Inap Desa: Peranan Dan Sumbangannya Dalam Pembangunan Sosioekonomi Di Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s