Seminar Serantau Peradaban Pemikiran Islam 2014 , ReCit2014

ANJURAN
PUSAT PENGAJIAN TERAS
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Seminar ini memfokuskan perbincangan secara intelektual dan pembentangan kajian ilmiah di dalam membina peradaban dan pemikiran Islam di rantau ini. Kedua-dua elemen ini dianggap sebagai instrumen penting bagi memperkasa dan mengembalikan kegemilangan ummah pada masa ini dan akan datang. Peradaban dan pemikiran ummah perlu dipertajam dalam usaha menyusun kembali langkah-langkah untuk meletakkan Islam sebagai cara hidup dalam semua aspek kehidupan berdasarkan konteks semasa.

OBJEKTIF
ReCIT 2014
1. Mendedahkan kepentingan peradaban di dalam semua aspek kehidupan.
2. Mengetengahkan kepelbagaian pemikiran dalam kalangan negara serantau.
3. Menyediakan platform wacana kepada ahli akademik di semua peringkat dan lapangan untuk membincangkan isu-isu yang menjadi fokus seminar.

TEMA
Peradaban & Pemikiran Islam: Isu & Cabaran Semasa.

SUB-TEMA
Pengajian Islam
Tamadun Islam & Sejarah
Kenegaraan & Politik
Budaya & Hubungan Etnik
Bahasa & Komunikasi
Sains & Teknologi
Ekonomi & Pengurusan
Pendidikan

FORMAT PEMBENTANGAN
1. Pembentangan amat digalakkan dijalankan dalam Bahasa Malaysia
2. Hanya seorang pembentang dibenarkan berucap bagi setiap kertas kerja.
3. Setiap pembentang akan diberi MASA 10-15 minit untuk pembentangan termasuk sesi soal jawab.
4. Sila bawa bahan pembentangan tuan/puan dalam bentuk CD atau pemacu ibu jari (thumbdrive).
5. Pihak urus setia tidak menyediakan khidmat mencetak dan fotokopi pada hari persidangan.
6. Pembentang diminta menyediakan slaid dalam Microsoft Powerpoint (serasi 2007) atau PDF.
7. Pembentangan kertas kerja dijalankan mengikut bidang dan turutan seperti di dalam Buku Program.
8. Untuk memastikan persidangan berjalan lancar, pembentang disaran untuk datang lebih awal dan memuatnaik fail SLAID pembentangan ke komputer sebelum sesi pembentangan bermula.

FORMAT PENULISAN KERTAS KERJA
1. Halaman maksimum: 10 Muka surat
2. Jarak baris: 1.0
3. Jenis tulisan: Times New Roman bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Traditional Arabic bagi Bahasa Arab
4. Saiz tulisan: 12 bagi Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu, 16 bagi Bahasa Arab
5. Jenis dokumen: Microsoft Word (.doc @ .docx)
6. Gaya: APA (http://www.apastyle.org/)
7. Bahasa: Melayu @ Inggeris @ Arab
* Abstrak yang dihantar haruslah mengandungi Isu, Metodologi, Objektif dan Hasil kajian
Tarikh Pendaftaran

Kaedah Pembayaran
1. Tunai
Pembayaran boleh dibuat secara ‘cash deposit’ di:
No.Akaun : 12029010070592 (Bank Islam)
Resit pembayaran beserta nama peserta/pembentang hendaklah di hantar ke:
emel : recit2014@gmail.com
fax : 03-8925 1071

2. Cek (Bank Islam Sdn. Bhd.)
Pembayaran melalui cek hendaklah ditujukan kepada:
Nama : Pusat Pengajian Teras
3. Wang Pos
Pembayaran melalui wang pos hendaklah dihantar ke alamat:

Pusat Pengajian Teras
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra
43000 Kajang, Selangor

4. Kad Kredit
5. PayPal (sedang dikemaskini)

ReCIT2014
Seminar Serantau Peradaban dan Pemikiran Islam ini akan diadakan di Hotel Everly, Putrajaya.
TARIKH-TARIKH PENTING
Penghantaran Abstrak / Kertas Kerja Penuh:
1 Jun 2014
Pengesahan Penerimaan Kertas Kerja Penuh:
1 Julai 2014 – 31 Ogos 2014
Tarikh Seminar:
27-28 Oktober 2014
Tempat:
The Everly Hotel, Putrajaya, Malaysia

HUBUNGI KAMI
PUSAT PENGAJIAN TERAS
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

Mobile/Whatsapp :
019-259 3605 (Husni Mohd Amin)

e-mail :
recit2014@gmail.com
rosfazila@kuis.edu.my
012-331 3020

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s