like

Pengajian Malaysia sampel soalan

 

BAHAGIAN A

Markah : 40

Jawab SEMUA soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

1.         Faktor-faktor pendorong Portugis menjajah Melaka adalah melibatkan perkara-perkara berikut, kecuali

A.        penyebaran agama Kristian.

B.        penguasaan bijih timah di Kepulauan Melayu.

C.        persaingan memiliki tanah jajahan takluk antara kuasa-kuasa penjajah

Eropah.

D.        pertikaian antara kumpulan kongsi gelap Cina menguasai kawasan  perlombongan.

2.         Inggeris memastikan penguasaan penuh ke atas negeri-negeri di Tanah Melayu tanpa penglibatan kuasa Barat lain melalui Perjanjian

A.        Pangkor.

B.        Bangkok.

C.        Inggeris – Siam.

D.        Inggeris – Belanda.

 

3.         Penduduk Naning melancarkan penentangan terhadap kerajaan British atas faktor berikut, kecuali

A.        penafian waris takhta kerajaan Naning.

B.        perjuangan dicetus dan dibangkitkan oleh penghulu Naning, Dol Said.

C.        kerajaan British mendakwa Naning  merupakan sebahagian daripada wilayah  Melaka.

D.        Gabenor Fullerton telah mengarahkan penduduk Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil ekonomi mereka.

 

 

 

 

4.         Pilih penyataan yang tidak benar berhubung pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).

A.        Penubuhan NNMB telah memansuhkan jawatan Residen di negeri-negeri terbabit.

  1. Persidangan Durbar yang dianggotai bersama oleh pegawai British ditubuhkan di negeri terbabit.
  2. Penubuhan NNMB dikaitkan dengan masalah kewangan negeri Pahang dan keinginan British untuk menyeragamkan pentadbiran.
  3. Perjanjian Persekutuan yang dilaksanakan pada tahun 1895 membawa kepada penubuhan NNMB yang berkuat kuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896.

 

5.         Gagasan Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963 melibatkan gabungan negeri-negeri berikut.

  1. Tanah Melayu, Sabah dan Brunei.
  2. Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei.
  3. Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
  4. Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.

 

6.         Tujuan penubuhan kerajaan tempatan yang utama adalah

A.        melaksanakan pembangunan di kawasan bandar.

B.        mengurus kutipan cukai pintu bagi pihak kerajaan negeri.

C.        membentuk sistem pentadbiran di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

D.        memberi peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pengurusan tempat kediaman mereka.

 

7.         Apakah maksud keluhuran Perlembagaan yang terkandung dalam Rukun Negara?

A.        Ketinggian undang-undang Malaysia.

B.        Ketinggian kuasa rakyat negara Malaysia.

C.        Ketinggian kuasa Yang di-Pertuan Agong.

D.        Ketinggian proses pilihan raya di Malaysia.

 

 

8.         Suruhanjaya Reid mengesyorkan ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan ialah

  1. Parlimen Dwidewan.
  2. Kerajaan raja mutlak.
  3. Kerajaan Persekutuan.
  4. Demokrasi Berparlimen.

A.        I, II  dan III

B.        I, II dan IV

C.        I, III dan IV

D.        II, III dan IV

 

9.         Sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang mempunyai raja. Siapakah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja?

A.        Menteri Besar.

B.        Ketua Menteri.

C.        Perdana Menteri.

            D.        Yang di-Pertuan Agong.

10.       Berikut adalah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam Parlimen, kecuali

  1. baginda bertugas melafazkan titah ucapan dalam Majlis Parlimen.
  2. baginda boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri.
  3. baginda memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.
  4. baginda melucutkan keanggotaan para ahli Parlimen yang melanggar peraturan Dewan.

 

11.       Komponen Parlimen adalah seperti berikut, kecuali

  1. Dewan Rakyat.
  2. Dewan Negara.
  3. Ketua Hakim Negara.
  4. Yang di-Pertuan Agong.

 

 

 

 

12.       Apakah tugas utama Suruhanjaya Pilihan Raya?

  1. Menyemak dan mengubah kawasan pilihan raya setiap 5 tahun.
  2. Menentukan kelayakan calon yang ingin bertanding dalam  pilihan raya.
  3. Menjalankan pilihan raya umum dan kecil bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  4. Menyediakan dan menyemak daftar pengundi bagi semua kawasan pilihan raya.
  5. I dan III
  6. I dan IV
  7. II dan III
  8. II dan IV

 

13.       Yang manakah termasuk di bawah bidang kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong?

I.          Seorang Koperal telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera.

II.         Encik Z telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Syariah Pahang.

III.        Encik Y telah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi di Sabah.

IV.       Encik X telah dijatuhkan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

A.        I dan II

B.        I dan III

C.        II dan IV

D.        III dan IV

 

 

 

 

 

 

 

14.       Yang manakah termasuk dalam kumpulan kes jenayah syariah?

  1. Poligami.
  2. Penceraian.
  3. Minum arak.

IV.       Tidak bersolat.

A.        I dan II

B.        I dan III

C.        II dan IV

D.        III dan IV

 

15.       Apakah matlamat Rukun Negara diwujudkan?

I.          Mencapai status negara maju.

II.         Meningkatkan taraf hidup rakyat.

III.        Mewujudkan masyarakat yang adil.

IV.       Menjamin sikap yang liberal terhadap tradisi pelbagai kaum.

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

 

16.       Pada zaman penjajahan, perpaduan tidak dapat diwujudkan melalui sistem pendidikan kerana faktor berikut, kecuali

  1. setiap sekolah khusus untuk kaum tertentu.
  2. setiap sekolah terpisah mengikut kedudukan geografi.
  3. setiap sekolah tidak mempunyai bahasa pengantar yang sama.

B.           setiap sekolah menekankan semangat kebangsaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Antara faktor berikut, yang manakah bukan pandangan Tunku Abdul Rahman dalam pembentukan Malaysia?
    1. Menyekat pengaruh komunis di Singapura.
    2. Mengimbangi komposisi kaum antara Melayu dan Cina.
    3. Menarik perhatian dan sokongan negara luar terhadap beliau.
    4. Mempercepatkan kemerdekaan dan memajukan ekonomi Sabah dan Sarawak.

 

18.       Negara manakah yang tidak mempunyai kuasa veto dalam majlis keselamatan PBB?

  1. Rusia.
  2. Britain.
  3. Jerman.

D.       Amerika Syarikat.

19.       Kekosongan kerusi di Parlimen akan diisytiharkan apabila seseorang ahli Parlimen itu hilang kelayakannya, meninggal dunia atau berhenti daripada menjadi ahli. Berapakah tempoh untuk mengisi kekosongan kerusi di Parlimen bagi negeri Selangor?

A.        60 hari.

B.        90 hari.

C.        100 hari.

D.        120 hari.

 

20.       ________________ juga dikenali sebagai Dasar Penjuruteraan Sosial.

A.        Dasar Pertanian Negara

B.        Dasar Ekonomi Baru (DEB)

C.        Dasar Pensyarikatan Malaysia

D.        Dasar Pembangunan Nasional

 

 

 

 

 

21.       Antara negara berikut, yang manakah menganggotai MAPHILINDO?

A.        Thailand, Filipina dan Malaysia.

B.        Filipina, Malaysia dan Indonesia.

C.        Malaysia, Thailand dan Singapura.

D.        Indonesia, Thailand dan Singapura.

 

22.       Pilih pernyataan yang tidak berkaitan dengan dasar Malaysia yang menyokong pergerakan Negara-negara Berkecuali?

A.        Mendaulatkan keutuhan wilayah sesebuah negara.

B.        Meningkatkan kerjasama ekonomi dua hala dengan negara maju.

C.        Menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa secara perundingan.

D.        Mengelakkan campur tangan negara maju dalam hal ehwal negara-negara lain.

 

23.       Seseorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat perlu memiliki sifat berikut, kecuali

A.        mesra rakyat.

B.        senang dihubungi.

C.        berkebolehan untuk memimpin.

            D.        sentiasa berada di luar negara kerana urusan rasmi.

 

24.       Antara berikut, yang manakah menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai ahli tidak rasmi (ex-officio)?

  1. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Pembangunan Negeri dan Mufti Negeri.
  2. B.       Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.
  3. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-undang Negeri dan Penasihat Kewangan Negeri.
  4. Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Pegawai Ekonomi Negeri dan  Penasihat Undang-undang Negeri.

 

 

 

25.       ‘Ordinan’ merupakan istilah kepada undang-undang yang digubal

  1.             I.          di negeri Sabah.
  2.             II.         di negeri Sarawak.
  3.             III.        di negeri Terengganu.
  4.             IV.       di negeri Pulau Pinang.
    1. l dan ll                                   
    2. l dan lV
    3. ll dan lll

D.       llI dan lV

 

26.       Antara berikut yang manakah bukan suruhanjaya perkhidmatan di Malaysia?

  1. Majlis Angkatan Tentera.
  2. Suruhanjaya Pilihan Raya.
  3. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
  4. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

 

27.       Beberapa faktor yang menyebabkan timbulnya pertikaian antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura sehingga membawa kepada pemisahan Singapura pada tahun 1965, kecuali

A.        persaingan politik antara PAP dengan MCA.

B.        isu perlembagaan berkisar soal ekonomi dan kewangan.

C.        tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Putih di selatan Johor.

D.        perbezaan pendekatan Parti Perikatan dan PAP tentang masalah perkauman di Malaysia.

 

28.       Pentadbiran Kerajaan Tempatan diketuai oleh

A.        Penghulu.

B.        Ketua Menteri/ Menteri Besar.

C.        Yang Di-Pertua Majlis Daerah/ Perbandaran.

D.        Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

 

 

 

29.       Pegangan kuat kepada nilai dan ajaran agama adalah penting sebagai benteng menghindari kejahatan dan kemaksiatan. Pernyataan ini boleh dikaitkan dengan prinsip Rukun Negara iaitu

  1. Keluhuran Perlembagaan.
  2. Kedaulatan Undang-undang.

C.        Kepercayaan kepada Tuhan.

D.        Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

 

30.       Pernyataan berikut benar tentang kes-kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah, kecuali

  1. wasiat dan wakaf.
  2. penceraian dan pembahagian harta.
  3. penderaan terhadap  isteri atau anak.
  4. nafkah dan tanggungan perkahwinan.

 

 

31.       Nilai-nilai yang perlu dihayati bagi menyelesaikan masalah perpaduan kaum ialah

I.          integrasi ekonomi.

II.         peranan media massa.

III.        penyatuan fahaman politik.

IV.       penolakan hak keistimewaan orang Melayu.

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

 

32.       Di Sarawak, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikenali sebagai

A.        Exco.

B.        Kabinet Negeri.

C.        Majlis Tertinggi.

D.        Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

 

 

 

33.       Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dilihat melalui peruntukan berikut, kecuali

  1. Parlimen dan Perlembagaan.
  2. kuasa perundangan dan kebebasan asasi.
  3. Perlembagaan dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong.
  4. kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri.

 

 

34.       Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan disiplin pegawai serta kakitangan perkhidmatan awam dikendalikan oleh

A.        Pegawai Undang-undang.

B.        Jabatan Sumber Manusia.

C.        Suruhanjaya Perkhidmatan.

D.        Kementerian Sumber Manusia.

35.       Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada perayaan ini. Perayaan ini dikenali sebagai

  1. Deepavali.
  2. Thaipusam.
  3. Thai Ponggal.
  4. Perayaan Lampu.

 

36.       Yang manakah negara anggota ASEAN pada awal penubuhannya?

A.        Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Laos.

B.        Malaysia, Thailand, Brunei, Filipina dan Thailand.

C.        Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand.

D.        Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina dan Indo-China.

 

 

37.       Kementerian berikut mempunyai lebih daripada seorang menteri penuh yang dipanggil Menteri Tidak Berportfolio.

  1. Kementerian Pelajaran.
  2. Jabatan Peguam Negara.
  3. Jabatan Perdana Menteri.
  4. Kementerian Belia dan Sukan.

 

38.       Tiga konsep Sekolah Bestari ialah

I.          kerja berpasukan.

II.         teknologi maklumat.

III.        penggunaan bahasa antarabangsa.

IV.       guru sebagai fasilitator pembelajaran di luar kelas.

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

 

39.       Yang manakah antara berikut mengakibatkan terlucutnya kewarganegaraan seseorang?

  1. Warganegara yang bersabit kesalahan membunuh.
  2. Warganegara melalui kuatkuasa undang-undang telah berniaga dengan musuh negara.
  3. Warganegara telah memasuki Singapura secara haram dan dihantar pulang semula ke Malaysia.
  4. Rakyat perempuan asing yang menjadi warganegara kerana berkahwin dengan rakyat Malaysia tetapi suaminya meninggal dunia.

 

40.       Matlamat pembentukan Dasar Luar Malaysia adalah untuk menjalin

I.          hubungan yang erat dengan negara-negara serantau.

II.         hubungan ekonomi dan kebudayaan dengan mana-mana negara.

III.        hubungan yang dapat mewujudkan pakatan perdagangan dengan semua.

IV.       hubungan persahabatan dengan negara-negara lain berasaskan persamaan ideologi.

  1.      I dan II
  2.      I dan III
  3.      II dan IV
  4.      III dan IV

 

BAHAGIAN B

 

Markah : 20

Jawab semua soalan dan tandakan BETUL ( / ) atau SALAH ( X ) pada ruangan yang disediakan.

 

 

SOALAN

 
1.

Sistem kerajaan Malaysia ialah berbentuk demokrasi berperlembagaan.

 

2. Kelayakan umur untuk dilantik menjadi ahli Dewan Negara ialah 30 tahun ke atas.

 

3. Lambang jata Negara Malaysia ialah Singa berjuang.

 

4. Pengasingan kuasa bermaksud kuasa pemerintahan dibahagikan kepada kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

 

5. Perdana Menteri dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong atas kuasa budi bicara.

 

6.

Ketua Menteri dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong selama 4

tahun sekali.

 

7. Enakmen merupakan rang undang-undang Parlimen.
8. Saraan bagi Yang Dipertua Dewan Rakyat dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang yang Disatukan.

 

9. Objektif Dasar Sosial Negara adalah untuk memastikan bahawa keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi sambil membangun dan memperkasakan modal insan.

 

10. Seseorang hakim boleh dilucutkan jawatannya melalui tribunal.

 

11. Salah satu negara yang memiliki kuasa veto dalam  Majlis  Keselamatan PBB ialah Korea Selatan.

 

12. Pindaan Perlembagaan boleh dilakukan oleh Parlimen sahaja.

 

13. Badan Tidak Berkanun ditubuhkan di bawah Akta Syarikat.

 

14. Gelaran yang betul untuk Ketua Negeri Perlis adalah Sultan.

 

15. Sumber perolehan sesebuah Majlis Perbandaran ialah bayaran bil air dan kutipan zakat perniagaan.

 

16. Tempoh sepenggal bagi Dewan Negara ialah selama 3 tahun.

 

17. Yang Berhormat P boleh menjadi Menteri Besar Negeri Q dan  Ahli Parlimen kawasan R pada masa yang sama.

 

18. Jawatan Hakim di Mahkamah Syariah dikenali sebagai Kadi.

 

19. Peguam Negara berperanan sebagai penasihat undang- undang kepada kerajaan.

 

20. Jumlah wang pendahuluan yang perlu dibayar untuk bertanding di peringkat DUN semasa pilihan raya ialah RM3,000.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN C

Markah : 20

Jawab SEMUA soalan pada ruangan yang disediakan.

 

Soalan 1

 

Senaraikan lima peruntukan utama Perlembagaan.

(5 markah)

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Soalan 2

Berikan lima faktor Pembentukan Malaysia

(5 markah)

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________­_____

 

 

Soalan 3

Nyatakan lima kesan penghijrahan imigran Cina dan India.

(5 markah)

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Soalan 4

Senaraikan lima tugas Peguam Negara

(5 markah)

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

 

 

 

BAHAGIAN D

Markah : 20

 

Jawab SATU soalan sahaja pada ruangan yang disediakan.

 

Soalan 1

 

Pada masa ini kes ragut kerap berlaku dan keadaannya amat membimbangkan masyarakat.

Pada pendapat anda, apakah kesan dan cara untuk mengelakkan masalah tersebut daripada berleluasa.

 

(20 markah)

 

 

Soalan 2

 

Salah satu peruntukan utama yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia adalah kebebasan asasi.

Bincangkan aspek-aspek kebebasan asasi yang diamalkan di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

 

(20 markah)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s