SOALAN TITAS GAYA KUIS

kuis

MPU 3123 SEPTEMBER 2015

SULIT

Arahan : Jawab SEMUA soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

Markah : 40

1. Berikut ialah bukti-bukti pengaruh hegemoni budaya Barat ke atas masyarakat Islam dan Asia, KECUALI

A. kebanjiran filem-filem Barat di pasaran dunia Islam dan Asia.

B. jenama barangan Barat dianggap berkualiti dan menjadi pilihan masyarakat.

C. syarikat-syarikat konglomerat Islam dan Asia banyak melabur di negara Barat.

D. jenama makanan Barat begitu popular dalam kalangan masyarakat Islam dan Asia.

2. Manakah antara berikut BUKAN tahap-tahap penyebaran Islam ke Alam Melayu berdasarkan teori Islam dari Arab?

A. Pertapakan.

B. Penyebaran.

C. Perkahwinan.

D. Persinggahan.

3. Apakah bahasa yang digunakan oleh masyarakat Indo-Arya?

A. Urdu.

B. Tamil.

C. Suryani.

D. Sanskrit.

4. Perbuatan baik akan membawa kesan baik, manakala perbuatan jahat akan membawa padah. Hukum apakah yang menekan prinsip ini?

A. Adat.

B. Kanun.

C. Himsa.

D. Karma.

5. Di manakah terletaknya pusat pertumbuhan Tamadun China?

A. Canton.

B. Sanyang.

C Chong Jiang.

D. Sungai Kuning.

 

6. Berikut ialah ancaman utama yang dihadapi masyarakat Islam dan Asia, KECUALI

A. globalisasi.

B. hegemoni Barat.

C. kebangkitan China.

D. imperialisme baharu.

7. Sistem kekeluargaan masyarakat Hindu di India berteraskan empat peringkat kehidupan utama. Apakah nama peringkat-peringkat tersebut?

A. Porul, karma, moksha dan atman.

B. Dharma, moksha, nirvana dan karma.

C. Ashramadharma, purusartha, dharma dan brahma.

D. Brahmacharya, ghastya, vanaprastha dan sannyasa.

8. Apakah pergunungan yang menjadi sempadan pemisah antara India Utara dengan India Selatan?

A. Visnu.

B. Vindhya.

C. Vanaspati.

D. Hindu Kush.

9. Proses Islamisasi di Alam Melayu berlaku dengan hebat kerana faktor-faktor berikut, KECUALI

A. penaklukan dan perluasan kuasa.

B. peranan pemimpin dan pembesar.

C. perkahwinan dan hubungan diplomatik.

D. keunggulan dan kemurnian ajaran Islam.

10. Antara kepercayaan yang melibatkan alam semesta dalam masyarakat Cina ialah Tian. Apakah yang dimaksudkan dengan Tian?

A. Syurga.

B. Asas benda hidup.

C. Cara atau kelakuan baik/buruk.

D. Dewa tertinggi yang disembah.

11. Manakah antara berikut merupakan cabaran peradaban abad ke-21 Masihi?

I. Kemunculan Barat sebagai kuasa hegemoni.

II. Kuasa Barat melaksanakan dasar pre-emptive war.

III. Perpindahan nilai-nilai hidup masyarakat Barat secara maya.

IV. Konspirasi kuasa Barat untuk melumpuhkan sistem kewangan Islam.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. Semua di atas.

12. Pilih ciri-ciri keistimewaan Tamadun China.

I. Bertahan lama.

II. Pentingkan unifikasi.

III. Berinteraksi dan dinamik.

IV. Pentingkan keharmonian dan moral.

A. I dan II

B. II dan III

C. I, II dan III

D. Semua di atas

13. Nyatakan kuasa Barat yang pertama datang ke India.

A. Inggeris.

B. Portugal.

C. Perancis.

D. Sepanyol.

14. Manakah bahasa berikut yang terhasil melalui interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun India?

A. Parsi.

B. Urdu.

C. Tamil.

D. Sanskrit.

15. Apakah ajaran yang tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan?

A. Dao.

B. Taoisme.

C. Legalisme.

D. Konfusiunisme.

16. Masyarakat Islam kurang mendapat manfaat daripada proses globalisasi kerana faktor-faktor berikut, KECUALI

A. kurang daya saing.

B. kurang persediaan.

C. dihalang oleh kuasa Barat.

D. kurang peka terhadap perkembangan semasa.

17. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah membuktikan tamadun Melayu merupakan teras pembinaan tamadun Malaysia. Apakah ciri-ciri yang terkandung dalam dasar ini?

I. Islam tonggak kebudayaan kebangsaan.

II. Kepelbagaian imej masyarakat Malaysia.

III. Kebudayaan lain tertakluk dalam amalan budaya Malaysia.

IV. Dasar Kebudayaan tertakluk kepada kebudayaan masyarakat asal rantau Melayu.

A. I dan II

B. III dan IV

C. I, III dan IV

D. Semua di atas

18. Apakah masyarakat yang tinggal di India Selatan?

A. Arya.

B. Dravida.

C. Indo-Arya.

D. Indo-muslim.

19. Apakah cabaran paling UTAMA yang dihadapi oleh umat Islam kini?

A. Masalah kesihatan.

B. Masalah perpaduan.

C. Masalah pendidikan.

D. Masalah kemiskinan.

20. Empat penciptaan agung Tamadun China adalah membuat kertas, pencetakan dan bahan letupan. Namakan satu lagi penciptaan agung tamadun China.

A. Kompas.

B. Kapal korek.

C. Kincir angin.

D. Alatan memburu.

21. Mengapakah orang Hindu dan Islam menentang cara Portugis dalam menyebarkan agama Kristian?

A. Mengaburi mata rakyat dengan kemewahan.

B. Menggalakkan perkahwinan dengan wanita tempatan.

C. Membina gereja di setiap kawasan baharu yang ditakluki.

D. Menggunakan kekerasan dengan memaksa penduduk memeluk agama Kristian.

22. Siapakah yang berada dalam kategori ksatria dalam tamadun India?

A. Hamba.

B. Pekerja.

C Pendidik.

D. Bangsawan.

23. Apakah karya yang membincangkan tentang aspek pemikiran falsafah orang Indo-Arya?

A. Samsara.

B. Upanishad.

C. Athavarved.

D. Bhagawadgita.

24. Mengapakah kehidupan beragama sangat penting dalam tamadun manusia?

I. Agama menjadi penawar kehidupan.

II. Agama boleh membentuk pekerti mulia.

III. Agama dapat membentuk pandangan semesta.

IV. Agama memberi kuasa kepada golongan agama atau pendeta.

A. I dan II

B. I, II dan III

C. I, III dan IV

D. II,III dan IV

25. Apakah isu UTAMA yang perlu difokuskan dalam dialog peradaban?

I. Interaksi antara tamadun yang terhad.

II. Mengenal pasti tamadun yang benar dan unggul.

III. Tanggapan yang salah terhadap sesuatu peradaban.

IV. Langkah untuk mengurangkan prasangka antara tamadun.

A. I, II dan III

B. I, III dan IV

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

26. Apakah nama laluan yang digunakan untuk menyebarkan agama Islam ke China pada abad ke-13 Masihi?

A. Laluan Emas.

B. Laluan Kapas.

C. Laluan Sutera.

D. Laluan Pedagang.

27. Apakah matlamat utama yang mendorong seseorang penganut Hindu berusaha mencapai nirvana atau moksha?

A. Melepaskan diri daripada hukum karma.

B. Mencapai kedudukan sosial yang lebih tinggi.

C. Mendapat kedudukan setaraf dengan dewa-dewa.

D. Membebaskan diri daripada dilahirkan semula ke dunia.

28. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam memperkembangkan dialog peradaban?

I. Menganjurkan pelbagai program yang boleh memperkuatkan jati diri etnik dan budaya setiap kaum.

II. Pengenalan subjek Hubungan Etnik dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi.

III. Memperbanyak program-program dialog peradaban untuk disiarkan di media elektronik pada waktu puncak.

IV. Menubuhkan Akademik Pengajian Peradaban di Pusat Pengajian Tinggi yang mengkaji dan merumuskan nilai masyarakat Malaysia.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. II, III dan IV

D. Semua di atas.

29. Pilih takrifan hegemoni yang PALING TEPAT.

A. Penguasaan Amerika Syarikat ke atas dunia.

B. Penguasaan negara Barat ke atas negara Timur.

C. Pemisahan antara blok Timur dengan blok Barat.

D. Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain.

30. Manakah antara berikut merupakan hasil sumbangan Islam dalam aspek ekonomi di Alam Melayu?

I. Perdagangan yang menggunakan sistem barter.

II. Kemunculan pelabuhan Aceh, Demak dan Melaka.

III. Surat-surat perdagangan antara sultan Melayu dengan para saudagar.

IV. Kegiatan pedagang-pedagang dari negara India, China, Arab dan Eropah.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

31. Antara berikut, manakah BUKAN kesan feudalisme pra-Islam di Alam Melayu?

A. Mewujudkan status yang sama.

B. Melahirkan budaya yang berlainan.

C. Melahirkan perbezaan undang-undang.

D. Mewujudkan dua kelompok manusia berbeza.

32. Manakah antara berikut merupakan faktor penyumbang kepada kegemilangan Tamadun Melayu Islam pada abad ke-15 M?

I. Ajaran tauhid mempengaruhi kehidupan.

II. Sistem tadbir feudal yang adil dan mutlak.

III. Undang-undang berdasarkan prinsip Islam.

IV. Masyarakat yang berakhlak dan bersatu padu.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

33. Pada 1 Oktober 1949, pengasas Parti Komunis China telah mengumumkan China sebagai Republik Rakyat China. Siapakah beliau?

A. Mao Tzu.

B. Ma Huan.

C. Zho En Lai.

D. Mao Zedong.

34. Jalan Lapis Kebenaran Mulia yang terdapat dalam ajaran agama Buddha mengandungi prinsip-prinsip berikut, KECUALI

A. fikiran yang benar.

B. konsep yang benar.

C. perbuatan yang benar.

D. pandangan yang benar.

35. Pernyataan manakah yang TIDAK BENAR mengenai fenomena globalisasi?

A. Penyebaran maklumat berlaku secara mudah, meluas dan pantas.

B. Negara-negara kecil menghadapi serangan budaya dari negara maju.

C. Rakyat dari mana-mana negara Islam bebas bergerak ke mana-mana sahaja.

D. Berlaku lambakan barangan berteknologi rendah ke negara Dunia Ketiga.

36. Pernyataan di bawah menyokong hegemoni budaya Barat, KECUALI

A. masyarakat Islam dan Asia kini lebih suka berpakaian ala-Barat.

B. bahasa Inggeris dianggap bahasa dunia dan diajar di semua negara Islam dan Asia.

C. terdapat ramai penganut Islam yang tinggal dan bermastautin di negara-negara Barat.

D. mereka yang mengikut budaya Barat dianggap moden sementara yang mengekalkan budaya asal dianggap tradisional.

37. Berikut ialah faktor-faktor kelemahan masyarakat Islam kini, KECUALI

A. ukhuwah Islamiah yang kurang mantap antara negara-negara Islam.

B. majoriti negara Islam adalah miskin dan kurang mempunyai sumber alam.

C. kurang memberi tumpuan kepada aspek pembangunan sains dan teknologi.

D. sumber-sumber ekonomi dunia dikawal oleh kuasa Barat yang mencurigai Islam.

38. Apakah kekangan UTAMA untuk menghidupkan dialog peradaban?

A. Tahap pemikiran dan kefahaman masyarakat berlainan kaum yang jauh berbeza.

B. Dialog peradaban akan membuka ruang kepada sesuatu pihak untuk menguasai pihak lain.

C. Dialog boleh membuka ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk menyebarkan isu-isu sensitif.

D. Sikap segolongan masyarakat yang menganggap dialog sebagai ancaman kepada kepentingan mereka.

39. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai implikasi penjajahan Barat terhadap Tamadun Melayu.

I. Pemencilan undang-undang Islam.

II. Pengukuhan sistem pendidikan bersepadu.

III. Berlakunya polarisasi antara kaum dan suku.

IV. Penyebaran ideologi dan politik sekular dalam negara.

A. I, II dan III

B. I, III dan IV

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

40. Hukum Kanun Melaka Undang-Undang 99 Perak Undang-Undang Kedah Apakah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas dalam konteks pengaruh Islam di Alam Melayu?

A. Hubungan luar negara.

B. Ekonomi dan perdagangan.

C. Kerajaan dan pemerintahan.

D. Sistem sosial dan kemasyarakatan

cadangan daftar isi berdasarkan rubrik SBFS 1103 Jan 2016

images (31)

SBFS 1103

THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/

 KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

JANUARY 2016

 

tugasan anda hendaklah diserahkan antara 7hb Mac 2016 hingga 20hb Mac 2016. Serahan selepas 20hb Mac 2016 TIDAK akan diterima. / For senior student, your assignment must be submitted between 7th March 2016 until 20th March 2016. Submission after 20th March 2016 will NOT be accepted.

 

Bab 1 : Pengenalan tentang strategi matriks keutamaan dengan syarikat yang dipilih. (4m)

Penerangan yang jelas dan terperinci tentang strategi matriks keutamaan dan saiz syarikat, produk serta perkhidmatan yang ditawarkan. Nama dan alamat syarikat itu telah diberikan.

1.1 definisi konsep strategi matriks keutamaan

1.2 saiz syarikat

1.3 produk serta perkhidmatan syarikat

1.4 nama dan alamat syarikat

 

Bab 2: Analisis TIGA kandungan tawaran sebut harga dan tender syarikat A.(12m)

Analisis yang jelas dan terperinci daripada kandungan telah diberikan.

2.1 Analisis kandungan tawaran sebut harga dan tender syarikat A 1.

2.2 Analisis kandungan tawaran sebut harga dan tender syarikat A 2.

2.3 Analisis kandungan tawaran sebut harga dan tender syarikat A 3.

 

Bab 3: Analisis TIGA kandungan tawaran sebut harga dan tender syarikat B.(12m)

Analisis yang jelas dan terperinci daripada kandungan telah diberikan.

3.1 Analisis kandungan tawaran sebut harga dan tender syarikat B 1.

3.2 Analisis kandungan tawaran sebut harga dan tender syarikat B 2.

3.3 Analisis kandungan tawaran sebut harga dan tender syarikat B 3.

 

Bab 4: Perbandingan tawaran sebut harga dan tender  antara

Syarikat A dan B dengan menggunakan jadual matriks keutamaan.(8m)

Menyediakan perbandingan terperinci tentang tawaran sebut harga dan tender  antara Syarikat A dan B dengan menggunakan jadual matriks keutamaan. Semua sampel disediakan adalah sangat releven.

4.1 perbandingan terperinci tentang tawaran sebut harga dan tender  antara Syarikat A dan B.

4.2 Jadual matriks keutamaan.

4.3 sampel perbandingan yang relevan.

 

Bab 5 : Rumusan, mekanik penulisan dan  rujukan (APA). (4m)

Semua perkara utama tugasan diringkaskan dengan cara yang betul Semua rujukan dinamakan dengan sewajarnya. Sangat sedikit atau tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan.

(formula bab 5 yang baik =rumusan + kesimpulan + penegasan + penutup)

PENDEKATAN DAKWAH RUMAH EHSAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) KEPADA GOLONGAN WARGA EMAS: SATU ANALISIS

images (21)

 

  1. NOOR HAFIZAH BT. MOHD HARIDI
  2. NORSALEHA BT. SALLEH
  3. ROSFAZILA BT. ABD. RAHMAN

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bangi, Selangor.

noorhafizah@kuis.edu.my

Rosfazila@kuis.edu.my

Norsaleha@kuis.edu.my

 

ABSTRAK

 

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan dakwah yang telah digunakan oleh Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. terhadap golongan warga emas. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan menggunakan temubual separa berstruktur untuk mengumpulkan data. Peserta kajian terdiri daripada penggerak yang terlibat secara langsung dalam program dakwah kepada golongan warga emas di pusat tersebut. Dapatan kajian merupakan analisis berhubung pendekatan dakwah yang telah digunakan oleh Rumah Ehsan kepada golongan warga emas.

 Kata Kunci: Pendekatan Dakwah, Rumah Ehsan, Warga Emas.

PENDAHULUAN

Masalah  pengabaian  warga  emas  di  Malaysia  semakin  menjadi-jadi.  Ada  saja terpampang  di  dada-dada  akhbar  masalah  berkaitan  warga  emas  mengenai  isu pengabaian warga emas sehingga isu kehilangan warga emas di Malaysia (Kosmo, Februari  2015).  Walaupun  isu  ini  tidak  sehangat  dan  segah  isu  keruntuhan  akhlak remaja pada masa kini. Namun hal ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Malah ada segelintir golongan dalam masyarakat kita yang sering menganggap bahawa warga emas ini banyak menimbulkan bebanan. Tanggapan sedemikian adalah amat  menyedihkan.  Tanggapan  sebegini  menyebabkan  warga  emas  menjadi  satu golongan yang dipinggirkan oleh masyarakat pada masa kini. Perkara sebegini menyebabkan golongan warga emas sendiri berasa mereka membebankan masyarakat, maka tidak hairan terdapat beberapa kes yang dilaporkan media mengenai  warga  emas hilang dan dijumpai di tepi-tepi jalanan.  Hal ini, secara tidak langsung merupakan penyebab  utama mengapa warga emas dihantar ke pusat jagaan orang tua bagi menjamin kebajikan mereka.

Isu penjagaan warga emas mestilah diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Memandangkan golongan ini merupakan golongan yang memerlukan pertolongan serta perhatian banyak pihak. Pengabaian warga emas, bukan lagi satu isu yang asing. Malah terdapat warga emas yang dibuang oleh keluarga yang akhirnya hidup merempat dan mengemis. Masalah ini ini mestilah dipandang serius oleh semua pihak, khususnya terhadap masalah pengabaian warga emas yang bergama Islam. Jika  warga  emas  ini  tidak  dijaga  dengan  teliti  di penghujung  usia  mereka, terdapat kemungkinan warga emas yang beragma Islam mengakhiri hayat mereka dalam keadaan tidak lagi murtad (Ahmad Tarmizi Mahmud, 1996).

Rumah Ehsan adalah sebuah institusi menempatkan golongan warga emas tidak kira yang beragama Islam atau non muslim. Telah mengambil peranan dalam usaha memberikan perkhidmatan penjagaan kepada warga emas. Penubuhan Rumah Ehsan ini, secara tidak langsung dapat membantu memberikan pemantauan dan penjagaan secara konsisten kepada golongan ini.

Pendekatan

Pendekatan bermaksud perihal (perbuatan) mendekati atau mendekatkan. Pendekatan juga bererti kaedah (cara, langkah-langkah dan sebagainya) yang diambil bagi memulakan  dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah) (Kamus Dewan: ) Pendekatan juga boleh didefinisikan sebagai proses, perbuatan atau cara mendekati. Selain itu, pendekatan juga merupakan sikap atau pandangan tentang sesuatu, yang biasanya berupa andaian yang saling berkaitan. Malah ia adalah sebuah prosedur untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

Dakwah

            Dari segi bahasa perkataan Dakwah berasal daripada perkataan Arab yang disebut sebagai “Masdar” bagi fi’il ( اعد ) . Ianya membawa maksud kegiatan menyeru, memanggil, dan mengajak (H. Mahmud Yunos, 1998). Dari segi istilah pula, para ulama telah mengemukakan beberapa definisi. Menurut Ghalwasy, perkataan dakwah mempunyai dua pengertian, iaitu ‘agama Islam’ dan ‘kegiatan menyebarkan agama Islam”. Mengikut Syeikh Ali Mahfuz, perkataan dakwah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud memanggil mengajak, menyeru dan menjemput pada sesuatu untuk merangsang kepada sesuatu tujuan.(Ghazali Darul Salam, 1996)

Manakala Dr. Yusof Al-Qardawi mentakrifkan dakwah sebagai satu usaha yang membawa orang lain kepada Islam supaya mengikut petunjuk agama, melaksanakan segala ketetapan di bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada perintah Allah semata-mata. Juga melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah (Taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak oleh Allah, menafikan hak ke atas orang yang dinafikan hak Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan berjihad pada jalanNya. (Yusof Al-Qardawi, 1978)

Warga Tua dan dakwah di Malaysia

Warga tua ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna. Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Emas Kebangsaan  (JKM 2015).

Pada tahun 1997, World Health Organization (WHO) telah melaporkan bahawa 11% daripada jumlah penduduk di dunia adalah terdiri daripada mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Di Malaysia, Jabatan Statistik telah melaporkan bahawa populasi mereka yang berumur 65 tahun ke atas pada tahun 1991 adalah dianggarkan seramai 1.1 juta atau 6.1% daripada rakyat negara ini. Jumlah ini semakin bertambah kepada1.5 juta atau 6.5% pada tahun 2000. Daripada unjuran yang dilakukan, jumlah golongan ini dijangka menokok kepada 7.5% menjelang tahun 2020. Pertambahan ini dipercayai berlaku ekoran daripada penlngkatan taraf kualiti hidup dan teknologi perubatan (Sadimon, 1996).

Menurut Cambridge International Dictionary, warga tua atau ‘elderly’ ditakrifkan sebagai golongan manusia yang mempunyai usia lanjut. Kerajaan Malaysia pula mendefinisikan warga tua sebagai mereka yang berumur 55 tahun ke atas dan telah bersara dari bidang pekerjaan^. Sementara itu, Dr. Philip Poi dari Fakuiti Perubatan, Universiti Malaya pula menambah, warga tua sebagai mereka yang berasa tidak mampu untuk meneruskan hidup dengan efektif dan selesa. Golongan ini hidup pada usia-usia yang lanjut dan pada kebiasaannya menghadapi masalah fizikal dan mental seperti kurang produktif dan berdaya saing serta tahap kesihatan yang tidak stabil. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W.H.O) membahagikan tua kepada 3 peringkat iaitu peringkat awal (50 hingga 65 tahun), peringkat pertengahan (65 hingga 75 tahun) dan peringkat akhir (75 tahun ke atas).

Secara amnya, kita melihat ramai daripada mereka yang berada pada peringkat awal dan pertengahan masih bekerja tetapi golongan di peringkat akhir pada kebiasaannya akan mengalami tahap kesihatan yang paling rendah dan sering ditimpa penyakit (3Jelita,Julai1995). Dr John Smith, 1987 telah membahagikan populasi tua kepada tiga tahap iaitu; i) Tahap Tua-muda {young-old) Kumpulan ini merangkumi warga tua yang berusia 55 hingga 65 tahun. Golongan ini masih boleh bekerja dan selalunya berada pada status yang tinggi di kalangan masyarakat. Keadaan ini disebabkan oleh kemahiran dalam pekerjaan dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka. ii) Tahap Tua-pertengahan {middle-old) Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun hingga 75 tahun. Kebanyakan daripada kumpulan ini terdiri daripada mereka yang telah bersara. Mereka masih dapat menjalankan kehidupan seperti biasa dan mendapati masih dalam keadaan sihat. iii) Tahap Tua-tua {old-old) Kumpulan ini terdiri daripada warga tua yang berusia 75 tahun ke atas. Golongan ini terdiri daripada mereka yang lemah, mengalami masalah kesihatan, kesunyian dan miskin (Punithavalli K. Muniands, 1998).

 Takrifan warga Tua di Malaysia

Dasar Warga Tua Negara:  Tua adalah mereka yang umur melebihi 60 tahun dianggap sebagai ‘tua’.  Di negara maju dan membangun, mereka yang melebihi 65 tahun (disebabkan oleh taraf ekonomi, pendidikan, taraf kesihatan yang lebih tinggi, health services yang lebih mantap, jangka hayat yang lebih panjang dsb. Berbanding dengan negara yang sedang membangun.)  Takrifan ini mengikut kalender / umur.

Takrifan ‘tua’ adalah lebih rumit daripada tua mengikut kalender.‘Tua’ boleh dilihat dari segi psikologikal, biology atau functional (atau kebolehan berfungsi) Contoh Dr Mahathir, berumur 70-an tetapi berfikir dan bersifat seperti orang muda yang berwawasan tinggi serta kreatif.

Ada satu konsep yang juga sering digunakan iaitu Konsep “Tua Muda” (65-74), ‘Tua-tua’ (75-84) dan ‘Paling Tua-Tua’ (>85) satu cara mudah jika umur diambilkira.  Biasanya tidak banyak masalah dalam kumpulan Tua Muda.

Masyarakat selalunya mengaitkan masalah ‘tua’ sebagai ‘tidak sihat’, ‘tidak berguna’, ‘tidak bermaya’, dsb. – konsep Ageism, Negative, myths, Stereotyping (bersamaan dengan konsep Sexism).

Psikologi Warga Tua

Warga tua sebagai aset negara menjadi sumber rujukan utama sejarah dan budaya. Kebajikan mereka perlu dijaga dengan rapi. Keupayaan fizikal dan mental mereka menjadi semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Ada di antara mereka yang mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa-peristiwa lalu seperti ditinggalkan anak, kematian orang yang disayangi dan sebagainya. Jiwa mereka menjadi sensitif dan memerlukan perhatian serta belaian yang secukupnya.

Memahami perubahan warga tua

Setiap manusia akan meialui proses evoiusi secara biologi dalam diri. Sejak lahir hingga mati, badan kita secara beransur-ansur berubah. Dari tahap bayi kepada kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga ke tua. Proses evoiusi juga akan membawa perubahan seseorang individu dari segi fisiologi dan psikologi. Seterusnya ia akan mempengaruhi perubahan fizikal, mental, sosial dan emosi seseorang. Perubahan ini akan menyebabkan fungsi dan interaksi dengan persekitaran bagi seseorang individu itu menjadi semakin berkurangan. Penuaan telah menyebabkan seseorang individu itu kehilangan atau tidak dapat mempertahankan keseimbangan badan. Persekitaran yang tercemar dan cara hidup seseorang individu atau kaum juga akan mempercepatkan proses penuaan (Carstens, DY, 1985). Perubahan-perubahan ini perlu difahami supaya reka bentuk persekitaran yang akan dilakukan dapat memberi kesan yang optimum kepada semua pihak terutamanya warga tua.

 Perubahan fizikal

Perubahan Fizikal Perubahan fizikal adalah paling ketara pada seseorang individu yang meialui proses penuaan. Pada kebiasaanya, mereka akan mengalami kemerosotan fungsi pancaindera seperti bau, rasa, dengar, lihat dan sentuh. Posture badan mereka juga akan membongkok sehinggakan ada diantara mereka yang perlu menggunakan penyokong seperti tongkat atau kerusi roda untuk membantu dalam pergerakan. Warga tua akan mengalami kemerosotan kepada kekuatan otot. Mereka yang berumur 70 tahun pada kebiasaannya akan hilang separuh daripada kekuatan otot mereka yang berumur 30 tahun. Pergerakan seperti berjalan dan senaman otot akan membantu memperbaiki sistem peredaran darah dan menguatkan semula otot.

 Perubahan Emosi

Kehilangan deria-deria ini akan menyebabkan kebolehan mereka menurun, sekaligus kecekapan emosi mereka juga terjejas. Kekurangan daya penglihatan misalnya akan . menyebabkan mereka merasa kekurangan pada din sendiri dan seterusnya akan mengharapkan bantuan dari pihak lain. Apabila tidak dibantu, mereka akan merasai seperti tidak diperlukan atau akan menyusahkan pihak lain. masyarakat bahawa warga tua sebagai golongan bermasalah perlu dikikis supaya golongan ini tidak akan dipinggirkan. Sebaliknya masyarakat perlu memahami kesusahan yang mereka alami, bagaimana ia berlaku dan apakah tindakan yang harus diambil oleh masyarakat dalam membantu golongan ini. Perkara ini adalah penting kerana ia akan mendedahkan kepada generasi tentang zaman yang akan mereka alami kelak.

 Perubahan Sosial

Keadaan ini juga akan menjejaskan hubungan sosial dengan masyarakat setempat dan anak-anak. Mereka tidak lagi cergas, enggan bergiat dalam masyarakat kerana faktor umur, kurang keyakinan din, berasa din lemah dan berharap pertolongan orang. Tanggapan masyarakat bahawa warga tua sebagai golongan bermasalah perlu dikikis supaya golongan ini tidak akan dipinggirkan. Sebaliknya masyarakat perlu memahami kesusahan yang mereka alami, bagaimana ia berlaku dan apakah tindakan yang harus diambil oleh masyarakat dalam membantu golongan ini. Perkara ini adalah penting kerana ia akan mendedahkan kepada generasi tentang zaman yang akan mereka alami kelak. Teorl Modenisasi yang telah dikemukakan oleh Cowgill dan Holmes, 1972 mendapati bahawa status warga tua dalam masyarakat tradisional adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan masyarakat industri. Faktor pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh warga tua telah membuatkan mereka memperolehi kedudukan yang tinggi di kalangan masyarakat tradisional. Sebaliknya, proses industrialisasi yang telah berlaku telah mengubah budaya dan status golongan ini dalam masyarakat. Menurut teori ini, peningkatan taraf pendidikan, peningkatan teknologi kesihatan, penggunaan teknologi dalam bidang ekonomi dan proses perbandaran adalah merupakan empat aspek yang akan mempengaruhi status golongan tua secara tidak langsung ( Carstens, DY, 1985).

Perubahan Mental

Antara perubahan mental yang seringkali berlaku iaiah penyakit nyanyuk. la disebabkan oleh gangguan mental pada orang tua. Sel bahagian otak tidak berfungsi dengan baik dan tisu bahagian itu kurang aktif telah menyebabkan kecekapannya menurun. Keadaan ini akan  menyebabkan perkataan yang diucapkan tidak jelas, bertindak tidak normal dan berkelakuan seperti kanak-kanak. Walaupun warga tua mengalamt perubahan yang begitu ketara tetapi kemahiran yang mereka ada tidak akan berkurangan. Kemahiran ini tidak dapat ditonjolkan kerana mengalami ketidakupayaan dari segi fizikal. Sebagai contoh, kemahiran pertukangan tidak akan berkurangan dari dalam diri tetapi oleh kerana mengalami masalah kesihatan, kerja-kerja pertukangan tidak dapat diteruskan.

Latar Belakang Rumah Ehsan

Rumah Ehsan adalah sebuah institusi bagi pesakit melarat dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Ia mula ditubuhkan dari tahun 1997 dan bangunan itu telah dibina pada  tahun 1996. Pusat penjagaan ini bermula sejak hospital di Malaysia tidak lagi dapat  menempatkan pesakit Kelantan  yang  tiada waris. Penghuni merupakan  bekas pesakit hospital dan ada sesetengah daripada keluarga mereka menghantar pesakit di hospital tetapi apabila pesakit tidak dapat disembuhkan, maka pesakit hanya dtinggalkan begitu sahaja.

Malah ada pesakit yang  memang tiada waris dan tiada tempat tinggal kerana hospital  asalnya ditubuhkan hanya ditempatkan untuk sementara waktu sahaja. Ada sesetengahnya yang sememangnya ada waris tetapi telah diabaikan oleh keluarga dengan alasan tidak mahu menjaganya lagi. Selain  itu juga adalah disebabkan kerana mereka mempunyai masalah dari segi kewangan untuk sesi rawatan berpanjangan kerana menjaga pesakit terlantar ini memerlukan kos rawatan yang tinggi.Oleh hal demikian, kerajaan telah mencadangkan untuk menubuhkan sebuah pusat jagaan iaitu Rumah Ehsan untuk menempatkan golongan pesakit seperti ini.

Rumah Ehsan hanya menempatkan seramai 120 orang penghuni sahaja dan 20% daripada mereka mempunyai waris tetapi tidak mampu dijaga oleh waris. Pada tahun 1999 pihak kerajaan telah menubuhkan satu lagi cawangan di Dungun Terengganu. Rumah Ehsan setakat ini mempunyai 75 orang staf, 3 orang jururawat terlatih, 8 orang jururawat masyarakat, satu sister dan 39 orang pembantu rawatan kesihatan yang  beroperasi selama 24 jam. Hampir 100% penghuni adalah pesakit terlantar. Umur pesakit paling muda adalah berumur 35 tahun dan yang paling tua adalah dalam lingkungan 80 lebih. Pesakit juga ada yang asalanya adalah pengemis, kutu rayau dan gelandangan yang tidak pernah solat. Untuk kos rawatan dan penjagaan, pusat jagaan ini mendapat dana daripada kerajaan selain daripada sumbangan daripada orang ramai.

Objektif Penubuhan

Objektif penubuhan Rumah Ehsan ini adalah untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, dhaif dan tidak berwaris agar dapat hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram.

 Perkhidmatan yang disediakan

Rumah Ehsan menyediakan pelbagai perkhidmatan kemudahan dan kegiatan untuk penghuni-penghuni seperti berikut;

Jagaan dan Perlindungan

 Perkhidmatan ini menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi penghuni seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hidangan makanan harian adalah berdasarkan kepada skel imbangan makanan yang deiperakukan oleh Kementerian Kesihatan. Makanan disediakan lima kali sehari mengikut menu yang telah disediakan oleh Pengetua dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kebajikan Malaysia.

Rawatan Perubatan dan Jagaan Kesihatan

 Penghuni-penghuni diberikan rawatan dan jagaan kesihatan yang baik di institusi oleh seorang jururawat dan jururawat masyarakat. Kes-kes yang memerlukan rawatan yang intensif akan dihantar ke hospital untuk rawatan rapi.

Bimbangan dan Kaunseling

Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk membantu para penghuni bagi mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka. Pengetua dan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat di institusi selalu mengadakan kaunseling individu dan kelompok serta perbincangan kes.

Perkhidmatan Fisioterapi

 Unit ini diwujudkan untuk memastikan setiap penghuni dapat menggunakan keupayaan potensi yang ada dalam dirinya untuk mendapatkan keselesaan hidup di institusi. Pemulihan fisioterapi ini penting untuk menguatkan otot penghuni yang telah uzur. Melalui perkhidmatan ini juga ada kemungkinan besar mereka mampu menguruskan aktiviti harian mereka tanpa banyak bergantung kepada bantuan orang lain.

Bimbingan Agama dan Kemudahan Beribadat

Penghuni-penghuni digalakkan untuk mengamalkan ajaran agama mengikut kepercayaan masing-masing. Guru-guru yang berkaitan datang ke institusi untuk memberi pengajaran dan bimbingan kepada para penghuni.

 Rekreasi dan Carapulih Kerja

Para penghuni digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, kemampuan dan minat mereka. Kemudahan-kemudahan disediakan untuk para penghuni bagi memenuhi masa lapang mereka dengan menonton.

Berdasarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disebut diatas, jelaslah bahawa pihak kakitangan Rumah Ehsan mementingkan keselesaan, kesihatan dan keselamatan para penghuni Rumah Ehsan.

PROGRAM-PROGRAM RUMAH EHSAN

Rumah Ehsan juga menyediakan beberapa program khas untuk para penghuni mereka. Antara program tahunan yang dijalankan adalah mengikut takwim yang telah ditetapkan seperti:

  1. Menyambut Hari Kebesaran Islam
  2. Isra’Mikraj
  • Maulid Nabi
  1. Nuzul Quran
  2. Hari Raya Aidil Adha
  3. Hari Raya Aldil Fitri

 

Malah banyak lagi program berkenaan program tahunan yang dilaksanakan setiap tahun. Bagi penghuni bukan Islam,  mereka juga turut merasai sambutan adat dan budaya mereka dengan menyambut Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain. Pada Bulan Ramadhan pula penuh dengan program-program seperti Majlis Berbuka Puasa, Solat Perdana, Majlis Khatam Al-Quran dan banyak lagi. Antara program yang selalu dilakukan pada setiap minggu ialah bacaan Yasin , Tahlil dan sedikit tazkirah peringatan.

Selain daripada itu, Rumah Ehsan juga menyediakan kem khusus buat warga emas. Kem ini khusus untuk mempelajari Feqah sahaja dengan menggunakan kitab Fiqh Warga Emas. Dalam kem ini, mereka akan memasukkan satu slot yang dinamakan kilnik al-Fatihah bagi memperbaiki kesalahan dalam sebutan. Banyak faedah yang mereka boleh dapat melalui pelaksanaan program-program seperti program tahunan. Program-program tahunan ini juga sedikit sebanyak dapat  mengingatkan mereka tarikh-tarikh penting dalam Islam.

METODOLOGI DAKWAH

Di Rumah Ehsan, terdapat pelbagai agama dan bangsa seperti melayu, cina dan india. Setiap dari mereka mempunyai agama masing-masing dan mempunyai cara tersendiri dalam ibadat mereka. Begitu juga dengan agama Islam. Dalam menerapkan asas-asas agama Islam, pihak kakitangan Rumah Ehsan telah melaksanakan beberapa pendekatan dakwah yang diketuai oleh seorang ustaz dengan kerjasama dari pihak Darul Quran. Antara metodologi dakwah yang dipraktikkan ialah:

Teknik Katil ke Katil

 Teknik katil ke katil ini adalah teknik temu bual antara kakitangan dan juga pesakit. Ia memerlukan ilmuan agama iaitu para asatizah dalam melaksanakan pendekatan dakwah ini. Teknik ini juga mengambil masa yang agak lama untuk berjalan dari katil ke katil iaitu dari seorang pesakit kepada pesakit yang lain.. Tujuannya adalah untuk menanya khabar, bersembang, bertanyakan perasaan pesakit ketika itu, mengetahui emosi pesakit di samping saling berkongsi nasihat antara satu sama lain. Pesakit selalunya inginkan seseorang untuk mendengar segala isi hati dan luahan mereka. Malah ketika itu, mereka bebas bertanyakan apa-apa sahaja yang ingin ditanyakan sama ada hal-hal berkaitan agama seperti feqah dan sebagainya. Kerja ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Malah para ustaz dan ustazah juga mestilah mempersiapkan diri dari segi ilmu dan kata-kata yang sesuai digunakan untuk berkongsi ilmu , nasihat dan hikmah bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus hidup. Kata-kata dorongan diterapkan agar mereka tahu makna kehidupan dalam erti kata yang sebenar. Pesakit selalunya akan bertanyakan bab feqah seperti taharah dan juga berwuduk kerana ia berkaitan dengan solat harian mereka. Selain itu, para ustaz dan ustazah juga akan menyuruh pesakit untuk membaca surah Al-Fatihah bagi memastikan kelancaran dalam menyebut sebutan makhraj yang betul serta hafalan yang lancar. Berpandukan teknik katil ke katil ini, jelaslah bahawa ia dapat memberikan kesan yang efektif kepada pesakit kerana mereka diberikan perhatian secara khusus sekaligus dapat meningkatkan fahaman agama dan moral secara berperingkat.

Kelas Tutorial Agama dan Kuliah

Memandangkan terdapat beberapa warga emas yang masih lagi sihat dan mampu untuk belajar, pihak Rumah Ehsan telah menyediakan kelas tutorial bagi warga emas yang beragama Islam untuk mengikuti kelas tersebut. Kelas ini juga dilaksanakan adalah kerana permintaan daripada warga emas itu sendiri yang berminat untuk mempelajari asas-asas ilmu agama dengan lebih mendalam. Kelas tutorial agama ini berlangsung pada hari-hari tertentu sebagaimana jadual yang telah ditetapkan. Hari yang dipilih ialah hari Selasa, Rabu dan Khamis. Ia Bermula pada jam 10 yang dimulai dengan kelas tutorial dan jam 11.30 adalah untuk sesi kuliah. Bilangan yang yang mengikuti kelas ini tidaklah begitu ramai oleh kerana faktor kesihatan yang tidak membolehkan mereka untuk bergerak.

Pada hari selasa, mereka akan mempelajari Al-Quran dan  asas hukum lima dalam tajwid. Manakala hari seterusnya pula iaitu hari Rabu, ustaz akan membacakan bacaan hadis. Dalam pengajian ini, ustaz akan mengulangi hadis sebanyak tiga kali dan diikuti oleh pesakit. Mereka akan mengulanginya sehinggalah mereka hafal hadis tersebut. Ustaz juga akan memberikan makna dan huraian pada setiap hadis yang dibaca dan kitab yang digunakan ialah Hadis 40. Pada hari Khamis pula ialah mempelajari Sirah Nabawiyyah. Ustaz akan menggunakan kitab para nabi bagi menceritakan kisah-kisah nabi yang terdahulu. Dari itu, pesakit dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah tersebut. Selain daripada itu, pada sesi kuliah, ustaz akan menerangkan berkenaan dengan feqah dan menjawab segala persoalan dan kemusykilan yang mereka hadapi.

Berdasarkan pendekatan dakwah dengan mengadakan tutorial dan kuliah ini, para penghuni Rumah Ehsan dapat mempelajari asas-asas agama dan dapat memotivasikan diri mereka untuk lebih semangat menjalani kehidupan normal sepertimana kehidupan orang lain.

Teknik Zikir Terapi

 Sebagaimana yang kita ketahui, pesakit Rumah Ehsan ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Sebahagian dari mereka tidak mempunyai keluarga dan sebahagian lagi mempunyai keluarga yang mengabaikan mereka. Ditambah lagi dengan penyakit yang mereka hadapi seperti lumpuh dan sebagainya. Hal ini boleh menambahkan beban kepada mereka dan membuatkan emosi mereka terganggu. Bagi mengatasi segala kekusutan ini, satu metod telah dijalankan bagi merawat dan menenangkan hati mereka iaitu teknik zikir terapi. Zikir terapi ini adalah teknik penenangan jiwa bagi mententeramkan hati kerana ia dipenuhi dengan kalimah-kalimah suci yang mengagungkan Allah dan memberi keinsafan serta melembutkan hati bagi sesiapa yang mendengarnya. Zikir terapi ini dipasang pada setiap pagi dari jam 8 pagi hingga 9.30 pagi dengan menggunakan pembesar suara supaya seluruh penghuni Rumah Ehsan dapat mendengarnya. Antara zikir terapi yang digunakan ialah zikir munajat ‘Astaghfirullah’, ‘Subhanallah’, ayat-ayat syifa’ dan juga ma’thurat pagi dan petang. Teknik ini amat berkesan kerana ia menyentuh jiwa-jiwa dan menginsafkan mereka.

PENUTUP

Sebagai kesimpulan dari kajian yang telah saya dan kawan-kawan lakukan, kami boleh simpulkan bahawa Rumah Ehsan merupakan satu idea pertubuhan yang bernas dan prihatin kerana ia membela mereka yang kurang bernasib baik terutamanya kepada golongan tua yang semakin lanjut usianya. Rumah Ehsan ini juga telah menawarkan perkhidmatan terbaik yang selesa dan selamat bagi golongan seperti ini. Objektif penubuhan ini menunjukkan bahawa mereka sangat mengambil berat akan isu-isu semasa yang berlaku di negara malah menunjukkan satu usaha yang baik dalam menyebarkan dakwah dari setiap peringkat masyarakat. Bukan sahaja kepada golongan muda, malah juga warga tua yang turut mendapat manfaat daripada kesyumulan Islam itu sendiri.

Selain itu, pendekatan dakwah yang digunakan juga sangat bersesuaian dan tepat dengan peringkat usia mereka. Mereka tidak memerlukan pengajian Islam yang sangat mendalam dan serius sehingga menjadi satu bebanan buat mereka. Walaupun mereka hanya mempelajari asas-asas Islam sahaja, namun sudah memadai bagi mereka yang semakin rendah Penggunaan IQ nya. Malah, sangat bersyukur kerana mereka masih lagi dikurniakan minat dalam mempelajari ilmu-ilmu agama.

Sepanjang lawatan, boleh kami katakan bahawa hampir kesemua pesakit adalah pesakit terlantar. Menurut Pengarah Rumah Ehsan, golongan warga emas sama seperti kita yang hidup dengan normal, cuma mereka memerlukan lebih perhatian kerana faktor usia menjadikan hati mereka lebih sensitif dan cepat terkesan dengan sesuatu perkara. Namun, apa yang tidak kami sangkakan, lawatan kami menjadikan kami seolah-olah satu rahmat buat mereka. Kelihatan wajah mereka yang sangat gembira setiap kali menerima kunjungan dari pelawat walaupun bukan dari ahli keluarga mereka sendiri. Oleh itu, kami berpendapat bahawa Rumah Ehsan adalah ‘syurga’ bagi mereka dan Rumah Ehsan juga adalah satu platform dalam menyebarkan dakwah Islamiyah.

Rujukan

Shahrin Bin Ahmad (2001). Rekabentuk Persekitaran Pusat Penjagaan Warga Tua Kajian Kes: Rumah Sri Kenangan, Cheras. Tesis Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap, UITM.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (2015). Perkhidmatan Warga Emas. http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=perkhidmatan_warga_emas&lang=bm diakses pada 9 September 2015.

Bahagian Pasca Perkhidmatan (2015). Takrifan Warga Tua di Malaysia. http://www.jpapencen.gov.my/takrifan_warga_tua.html diakses pada 9 September 2015.

Carstens, D Y (1985), Site Planning & Design for The Elde.

Ghazali Darul Salam (1996), Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Dr. Yusof Al-Qardawi (1978), Thaqafah Al-Da’iyah, Beirut : Dar Al-Ahya Al- Turath.

nota: Hasil kajian/penulisan telah dibentangkan di :

SEMINAR ANTARA UNIVERSITI PENGAJIAN LEPASAN IJAZAH (SAPLI 2015)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tribunal pentas hina Perlembagaan?

14039881_s

Tribunal pentas hina Perlembagaan?.

Nilai material diutamakan, norma sosial dilupakan

daung

Nilai material diutamakan, norma sosial dilupakan.

Bahasa Melayu dimartabat, Inggeris diperkasa

mal

Bahasa Melayu dimartabat, Inggeris diperkasa.

Differences Between Islamic Banks & Conventional

zam2

Differences Between Islamic Banks & Conventional.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.